Wednesday 16 September 2015

Jenjalan Hari Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Sebelum nak membebel macam-macam, Fitri nak ucapkan Selamat Hari Malaysia buat seluruh warga Malaysia. Berbanggalah kita sebagai anak Malaysia. Anak Malaysia kan anak yang baik. Jangan buat perkara yang mampu merosakkan hubungan antara kita dengan rakan-rakan kita yang lain dari luar Malaysia. ^_^

#ChangeTogether



Al-kisah yang hendak dijadikan sebuah kisah, semalam ada Hari Anugerah Kokurikulum serentak dengan Hari Keusahawanan dekat sekolah. Jadi, bila dah terlebih teruja tengok pertandingan bola keranjang, bola sepak (tak sempat tengok sebab lambat sangat mula jadi Fitri dengan kengkawan terus pergi tempat bola keranjang... sempat tengok diorang panaskan badan aje), silat, persembahan lagi satu tu tak tahu namanya.

Tapi Fitri baca dekat belakang T-Shirt orang tu, dia tulis 24 Festival Drum. Drum ni drum yang Chinese selalu main waktu Tahun Baru Cina. Memang gempaklah! Semua senyap waktu diorang buat persembahan. Kaku dan terpegun!

Lepas tu nak masuk rumah hantu tapi tak masuk sebab ramai sangat. Dahlah panas lepas tu berhimpit, kepala pun dah macam ada konkrit 100kg jatuh atas kepala. Jadi, bila dah frust beratur nak dekat sejam tapi masih tak berjaya masuk, sudahnya Fitri decide tak nak masuk. Kengkawan pun sama. Lagipun tak larat dah nak kena himpit.

Sudahnya kita orang pergi ke gerai dan beli makanan untuk habiskan kupon yang tinggal dua ringgit. Lepas tu lepak-lepak dekat dewan dan boleh buat permintaan lagu tapi kena bayar 50 sen guna kupon. Kita orang pilih lagu Flashlight - Jessie J. Memang havoc kita orang menyanyi cuma hujan tak mampu nak turun sebab suara kita orang sedap sangat. =P

Pagi tu waktu jerebu teruk sangat-sangat, alhamdulillah hujan turun walaupun tidaklah lebat. Namun, alhamdulillah... selepas itu matahari tak malu-malu lagi nak intai kami di balik jerebu. Keadaan sekarang di tempat  Fitri, terang dan mungkin sisa jerebu tu masih ada. Tapi tidak seteruk kelmarin dan semalam. ^_^

Syukur...

Okey, nak cerita kisah petang semalam. 

Balik-balik dalam keadaan yang macam orang sewel sebab kepala sakit macam nak meletup. Lepas tu waktu lepak sekejap dekat luar rumah, mak cakap lepas ni siap. Kita keluar. Mak nak pergi klinik lepas tu ajak bapak jalan-jalan.

Fitri pun macam... Okey... (tak rela tapi dengar perkataan jalan-jalan tu berdesup pergi bersiap)

Bapak tanya... Nak jalan-jalan kat mana?

Fitri dengan sepantas kuasa halilintar yang dipinjam dari Boboiboy terus jawab... Nak pergi Kedai Buku Mubaruk!

Bapak buat muka... Tak habis-habis dengan kedai buku dia.

Fitri... Tersengih je yang mampu. Haha! Kadang-kadang tak dinafikan bapak dengan mak pening dengan Fitri yang boleh kata obses yang sangat melampau terhadap kedai buku. Tak tahu kenapa cuma Fitri terlalu suka dengan kedai buku.

Kalau boleh tiap-tiap hari nak pergi kedai buku! Hahaha... itulah sebabnya kenapa Fitri tak boleh kalau tak ikut mak dengan bapak balik kampung tiap-tiap bulan yang tak adalah jauh mana pun. Kuala Kangsar ajepun. Dekat Kuale ada satu kedai buku yang best. Rasanya kalau ada pertandingan pelanggan setia, memang Fitrilah pemenangnya dekat kedai buku tu. Tiap-tiap bulan singgah. (mesti korang bajet macam Fitri pergi hari-hari sebab boleh jadi pemenang... hahaha...) ;D

Lepas mak pergi klinik tu, terus pergi kedai buku Mubaruk. Untuk yang tak tahu, kedai buku ni ada dekat belakang Dewan Bandaraya Ipoh dekat seberang jalan stesen keretapi Ipoh. Tempat yang paling Fitri suka di Ipoh! Hoyeaaahhh...

Sebenarnya pergi kedai buku tu nak cari komik Warqah Khalifah 0.2, Warqah Khalifah 0.3 dengan buku #Baby Muslimah Bertatih Menuju DIA.

Cari #Baby Muslimah tak jumpa. Jenuh tawaf kedai tu sampai dah boleh guna untuk amali haji dah. Setiap ceruk rak buku tu Fitri cari tak jumpa. Yang ada #Amoi Berhijab je. Yang tu Fitri dah ada. Dah 2 kali khatam dah.


Gambar ihsan GOOGLE.

Beli komik aje dengan gunting comel yang mak tak puas hati sebab harga gunting tu RM4 kurang 10 sen. Kata mak mahal sangat. Maklumlah mak, sekarang ni harga nak masuk tandas pun dah dinaikkan apatah lagi harga gunting.



Dua-dua komik ni dalam masa tak sampai 2 jam aje dah habis dah baca.
Dia punya cerita tergantung untuk Warqah Khalifah 0.3 sangat-sangat memedihkan.
Sangat-sangat memeningkan juga.
Rasa macam nak pergi ugut tukang coret komik siapkan cepat-cepat dan terbitkan cepat-cepat.
Boleh tak buat gitu?
Huhuhuhu...


Ni dah lama dah Fitri beli.
Lama tak lamalah, waktu Fitri beli ni esoknya nampak iklan kata akan keluar
Warqah Khalifah 0.2. -_-
Lepas tu baru nak cari Warqah Khalifah 0.2 dah keluar pula Warqah Khalifah 0.3.
Nangis 24/7 tau tak!
Ketinggalan betul Fitri.



Gunting yang mak tak puas hati. Hahaha...
Betul.. harga dia RM3.90.


Balik tu bapak bawa ikut Tanjung Rambutan. Jadi, merasalah jalan-jalan jauh sikit. Jalan-jalanlah juga, kan... Lepas tu sampai depan Ipoh Parade, bapak tanya nak beli roti tak sebab dalam Ipoh Parade ada satu kedai roti yang best yang sampai hari ni tak tahu nama kedai tu. Dok masuk beli roti lepas tu blah. Muehehe...

Buat-buat muka kesian tapi bapak tak nampak... Tak payahlah, lain kali ajelah. Sambil tu mata dok jeling sayu kat Ipoh Parade yang seakan-akan melambai mengucapkan selamat tinggal pada Fitri. Huwaaa.. roti... lain kali Fitri datang ya, roti. Haha... roti yang dikisahnya.

Dah balik ikut Tg. Rambutan, bapak singgah dekat kedai runcit sebab mak nak beli barang. Ada jual aiskrim Magnum beb dekat kedai tu! Bapak yang memang tahu anak montel dia ni ratu kepada hantu segala hantu aiskrim, terus bagi duit dan cakap pergilah beli aiskrim Magnum. Erkkk... tak minta ek, bapak yang bagi. Hehehe...

Apalagi, capai terus dua batang aiskrim. Satu Magnum Almond yang biasa yang dikongsi oleh Fitri sekeluarga. Satu lagi Magnum White Almond. Yang ni mak dengan bapak tak nak sebab mak dengan bapak faham dah perangai si Magnum ni. Kalau ada perisa baru mesti manis dia namploh kali lebih manis dari perisa yang lama.

Macam aiskrim Magnum Gold. Sumpah Fitri surrender dengan Magnum Gold. Nak habiskan sebatang pun sejam kau! Manis gila tahap rasa macam nak tumbuk muka orang. Tapi tak adalah tumbuk betul-betul. Kang cedera orang tu, Fitri juga yang kena saman.

Jadi, secara automatik aiskrim tu aiskrim Fitri sorang. Muahaha... heaven beb heaven!

Makan punya makan lepas tu bila dah tinggal separuh baru teringat nak snap dan share dengan buddyz Luahan Hati Dari Jiwa. Kejam tak? Hehehe...


Kacang tu penting!
Sekali gigit.. kruppp... kruppp...
Terbaik!



Patriotik beb! Siap ada Jalur Gemilang lagi.
Betul-betul menepati Hari Malaysia!


Serius sedap kau!
Cuma biasalah Magnum, manis...
Rasa White Almond ni macam kau makan susu tepung.
Dan Fitri suka akan rasa itu... Yeahhh...

Memang sedap dan akan beli lagi Sabtu ni sebab Sabtu ni balik Kuale. Boleh singgah The Store untuk beli. Hehehe... mana tak montel! Tapi, montel yang comel tak apa. Hahaha... lepas tu siaplah kau kena sound dengan mak yang selalu ejek anak montel dia ni tong drum la, guni beras la. Tapi yalah, kalau dah selalu kena dah lali. Tak ada perasaan jadinya. =P


Mula-mula kenal Magnum dulu bapak ingat perkataan ni nombor bertuah.
Kan dulu-dulu ada aiskrim yang kalau ada huruf dekat batang aiskrim tu dia menang.
Fitri tak pernah menang. Huhuhu...
Fitri pernah dapat sekali je.
Dapat Doraemon yang ada dekat bawah bekas aiskrim tu.
Dah habis makan aiskrim, buka bawah dia ada hadiah.
Fitri dapat apa lupa dah yang pasti muka Doraemon.

AMARAN : Kau memang cari nahaslah makan aiskrim Magnum ni tak bawa air kosong. Manis kau! Fitri pun selalunya kalau makan sebatang pun habis satu botol air yang 500ml tu Fitri minum. Jangan cari nahas tau!  Sedap memang sedap tapi kesihatan kena awasi juga.

Amacam, panjang gilakan kronologi Jenjalan Hari Malaysia Fitri? Hahaha... Kalau bosan tu maaflah. Fitri memang macam ni. Kuat membebel. Tak kisahlah membebel dari mulut ke dari jari ke. Sama aje. =P

Sayang awak, rakyat Malaysia. Sayang awak juga, saudara saya dari rantau Asia. Kitakan buddyz. ;)

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca luahan hati Fitri. ^_^

No comments:

Post a Comment