Thursday, 17 March 2016

Annoying Sangatttt

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Pergi wayang. 

Tonton movie seram macam Munafik. 

Tak pun movie yang over best macam Ola Bola. 

Aku baru sedar aku ada habit yang buat orang rasa annoyed dekat aku. Muahahaha...

Nak tahu apa?

Jeng jeng jeng...


Gambar copy terus dari Google.

Hahaha.. baru sedar habit tu waktu pi tengok Munafik. Ada abang duduk dekat depan aku sanggup tu pusing kepala dia nak jeling kat aku. Jelingan berapi sekali dia kasi. Bhahaha... marah ke, bang? Maaf arr, mulut saya ni kena bawa cellophone tape baru boleh diam. ;P

Aku tengok movie seram especially seram yang seseram filem Munafik memang tak boleh nak duduk diam. Memang kena bercakap pot pet pot pet. Lagi bahagia kalau ada orang yang layan aku pot pet pot pet.

Hahaha.. cousin aku layan aku waktu tu. Sebab tu aku tak berhenti bercakap. :'D

Bukan apa... kalau aku tak bercakap kang memang satu panggung tu dengar aku dok menjerit. Aku nak elak orang dok annoying dengan aku sebab budak ni suka menjerit bila tengok cerita seram. So, aku bercakap.


Aku bercakap pasal lokasi dalam Munafik yang gempak-gempaklah, pasal kenapa sedih sangat life Ustaz Adam ni, pasal kenapa Maria jadi macam tu, pasal sebenarnya dalam kotak kecik tu apa. Habis semua aku cakap.

Siap boleh jadi pengulas sukan macam Rahman dalam Ola Bola dah aku rasa. :'D

Tambah lagi macam yang aku cakap kat atas tulah, ada orang layan aku. Lagi bahagia la mulut ni pot pet pot pet. Yang cousin aku pula tak habis-habis dok tanya apa jadi lepas tu, apa jadi lepas ni. Aku pun first time beb tengok Munafik waktu tu. Manalah aku tau. >_<

Cara nak senyapkan aku... beli popcorn. Serius, sebelum ni aku tengok movie sambil kunyah popcorn memang aku senyap. Menghayati gila rasa popcorn yang buat tudung aku serabai dengan serdak popcorn.

Kisah apa aku tudung serabai, dalam gelap tu tak adanya bakal mak mentua aku nampak. ;P

Tapi waktu tengok Ola Bola dengan Munafik hari tu aku tak beli popcorn. Sebabnya dah over kenyang waktu tu. Tak sanggup pula nak padatkan perut dengan popcorn. So masuk bawa badan dengan air mineral je.

Itu sebab aku bising, mulut tak ada benda nak kunyah. Bhahaha... :'D

Tapi serius arr, memang rugi kalau beli popcorn waktu tengok cerita Munafik. Memang tak luak aku rasa. Baru nak seluk tangan dalam kotak popcorn, dah keluar hantu nak kena ambil hujung shawl pula nak cover muka.

Dahlah aku dengar ada orang tersedak pula tu. Adoii... tak payahlah beli popcorn kalau nak pergi tengok filem Munafik.

Rasa macam nak tengok lagi. Bhahaha... rasa nyesal beb first time tengok hari tu. Banyak tutup mata. Yang paling lawaknya bila aku tutup mata, boleh pula hantu tu muncul ikut celah jari. Nampak juga. Dah dok terbayang je muka hantu tu. -_-


Copy terus dari Google.

Soundeffect Munafik ni memang the best arr! Part yang tak seram pun jadi seram bak hang. Kalau hang dengar macam suara dia dah start slow tak pun terus senyap atau skrin terus gelap, kau ready ajelah apa yang akan muncul dekat skrin tu.

Hahaha... aku yang penakut ni memang awal-awal lagi dah tutup mata. Padahal tak adalah seram pun part tu. Tapi, tulah... kuasa soundeffect. Ceh, bunyi macam kuasa Boboiboy je! (tak tengok Boboiboy lagi! T_T )


Cerita Munafik ni buat otak aku yang tengah separa sedar waktu tu sebab mengantuk berfikir macam fikir jawapan kertas 2 Biologi SPM. Jalan cerita dia banyak yang tak dijangka. Aku fikir mungkin jadi macam ni rupa-rupanya jadi macam tu.

Ending dia hang tak payah cakaplah, memang terkojut den dibueknyo. (betul ke ayat nogori aku ni. hehe...) Memang tak dijangkalah ending dia macam tu. Aku sure memang satu panggung tu sangka mak tiri Maria tak pun pakwe/bekas pakwe (aku pun x sure) Maria tu yang buat Maria macam tu. Tapi, bukan. Dan memang bukan.

Part Maria kena rasuk dan cakap dalam bahasa Arab tu. Peerrgghh... sentap sangat dan meremang bulu roma. Waktu dia jerit nama mata satu tu, rasa jantung ni nak melompat keluar. Memang... tak tahu nak cakap macam mana. Hang pergi beli tiket sekarang dan tengoklah sekarang. Kalau tengah free la. ^_^

Tak tahu kenapa tapi aku suka sangat watak Zarina Zainoordin dalam Munafik ni. Watak dia tak lama pun. Adalah dalam 10 minit macam tu sebagai Zulaikha, isteri Ustaz Adam. Tapi dia sweet sangat pakai tudung. Dan watak Zulaikha juga bagi impak pada watak Ustaz Adam dan juga aku. Dan juga semua penonton Munafik.

Aku pun tak tahu apa benda aku merepek. Berbelit dah ayat aku. Dahlah lari tajuk jauh sangat ni. Hehehe...

Okeylah.. apa-apa pun, kalau ada masa... please la pergi tengok filem Munafik. Memang tak rugi dan memang best! Cuma rasanya mungkin akan lebih menghayati kalau tanpa popcorn. Hehehe... aku kalau tak ada popcorn, pot pet pot pet. Nasiblah siapa yang satu panggung dengan aku tu. ;P

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

4 comments:

  1. hahahhahaha aihhh tak bolehh jadi nii. duk baca revieww org tgk munafikk je ni. bilaa bolehh tgk niee. huaaaa. hahahaa.
    btw, kalau dpt popcorn mmg kita akan senyap. menghayatii je sambil ngapngap mulut tuu. keh3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... tengok jangan tak tengok.
      itulah, senyap betul mengunyah popcorn. Nyumm... hehehe..

      Delete
  2. harap keluar ASAP dkt astro first hihihi tak sempat tengok eheheh

    ReplyDelete