Sunday 21 August 2016

Dekan

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

MasyaAllah sistur...

Bersawang habis blog ni. Last update lepas MDS bulan 5 hari tu. Lama, kan? Hehehe... maaf buat fans Fitri. 


Fitri busy tahap terlupa yang Fitri ni sebahagian daripada bloggers kat Malaysia ni. Hahaha... ayat bajek gila.

Ke mana Fitri menghilang?

Tak hilang pun. Cuma tenggelam di Tapah. Line tak berapa nak ada. Balik rumah pula fokus nak manja-manja dengan mak bapak. Bhahaha... tak sempat fikir nak update blog.

Masih menulis?

Masih. Menulis assignment, tutorial yang bertingkek-tingkek. Hahaha... gurau je. Yup. Fitri masih lagi menulis. Adalah satu dua cerpen yang masih tergantung. Bila ada idea, assignment banyak. Bila tak ada idea, tidur.

Macam mana Sains Komputer?

Kalau telefon mak tak menangis sebab Sains Komputer tak sah. Hahaha... segan nak tulis sebenarnya tapi nak juga cerita pengalaman kita. ;P

Sebelum masuk waktu buka keputusan UPU dulu bukan main teruja bila baca dapat Sains Komputer walaupun keyakinan tu tak seberapa. Tapi tak apa, cuba dulu. Bila dah belajar... ='(

Banyak kali juga buat keputusan nak quit. Ada sekali tu keyakinan Fitri down gila sampai rasa nak masuk kelas pun malas. Bila masuk, nampak muka kengkawan yang pandai rasa macam Fitri ni bodoh sangat. Rasa macam herrgghh... ada sekali Fitri hampir menangis dalam kelas. Bayangkan, lecturer bagi soalan, Fitri tak boleh jawab langsung. LANGSUNG!

Fitri jadi senyap sehari tu. Assignment tak sentuh, tutorial pun buat bodoh aje. Tidur pun awal. Selalu pukul 12 tidur (maaf ya, Fitri bukan macam orang lain boleh study sampai 2-3 pagi. Cukup aje pukul 12 memang kena tidur. Kalau tak, siaplah pagi esoknya alarm last sekali baru bangun. Itupun kalau bangun) tapi hari tu Fitri tidur awal gila. Pukul 10 dah tutup lampu. Roommate tak ada. Dia selalu keluar malam belajar dengan kawan dia.

Fitri ni bukan jenis yang study group macam roommate Fitri. Fitri suka study sorang-sorang. Bila tak dapat nak jawab, Whatsapp kawan tak pun pergi bilik dia. Dapat jawapan balik bilik. Bukan jauh pun bilik dia, selang dua pintu dengan bilik Fitri.

Fitri selalu sangat rasa menyesal pilih Sains Komputer ni dulu. Lepas tu Fitri tanya kawan Fitri, luah perasaan dengan dia, alhamdulillah... dia nasihatkan Fitri. Setiap apa yang kita dapat sekarang pasti ada hikmahnya. Ada sebab kenapa Allah 'campak' kita ke satu-satu tempat.

Fitri muhasabah diri. Fitri mula sedar, Fitri tak jaga hubungan tu... hubungan manusia dengan Allah. Fitri lalai dalam hubungan sesama manusia. Mulut main lepas aje kalau tak puas hati. Tak ada langsung rasa nak jaga hati orang lain.

Sampai sekarang Fitri masih macam tu. Nak cakap macam mana ek... Fitri tahu apa yang Fitri buat tu salah tapi dia akan automatik buat juga. Nampak, kan? Bila dah terbiasa, nak ubah tu bukan main cakap aje nak ubah, terus berubah.

It's take time to change our bad habit.

Fitri terfikir... mungkin inilah perasaan orang yang selama ni kita hentam, kita caci, kita maki. Sedangkan dalam diam sebenarnya dia cuba untuk berubah. Cuma dia perlukan masa. Kau ingat senang nak laksanakan jihad lawan nafsu tu?!

Okey, back to topic. Sains Komputer, setakat ni dah 4 orang quit dalam kelas Fitri. Sebab tu jugalah semangat Fitri menjunam jatuh. Sebab tengok diorang berani. Berani buat keputusan. Rasa tak boleh buat cepat-cepat keluar dan ambil kos yang diorang mampu untuk bawa. Yang penting duit aje sebenarnya.

Bila dah lama belajar, alhamdulillah... dah boleh buat sikit-sikit subjek killer dalam Sains Komputer. Tambah lagi lecturer pun tolong kita orang yang lemah ni dengan buat kelas tutorial dengan abang & kakak part 3.

Tapi akaun pula.... adehh... dak-dak akaun, korang dulu belajar akaun macam mana? Fitri ni sampai nak give up dah. Dulu rasa nak quit sebab programming sekarang sebab akaun pula. Bukannya main subject pun akaun tu. Tapi yalah... tak nak aku repeat akaun.


Dekan?

Jangan. Jangan. Jangan. Jangan nak set mind korang nak dapat dekan. Dulu Fitri macam tulah, set mind nak dapat dekan lepas tu bila belajar, tak dapat nak buat, rasa kecewa sebab rasa rendah diri nak dapat dekan macam mustahil.

Lepas tu Fitri tendang jauh-jauh mindset dekan tu. Kau fokus belajar aje, cuba untuk adapt dengan kehidupan universiti. Cuba sehabis daya untuk dapatkan result terbaik yang kau mampu dalam quiz dengan test. Tak payah fikir dekan tu.

Yang kecewa kau. Tak payah fikir apa orang nak kata.

Sains Komputer tak ada masa depan?

Samalah dengan apa yang Fitri rasa dulu. Sebab Fitri ni orang yang otak sastera. Benci sangat dengan nombor. Sekali dapat ni... hari-hari menangis sebab fikir masa depan. Cerah ke masa depan aku kalau aku duduk dalam Sains Komputer ni?

Cerah kalau kau pandai cari peluang.

Zaman sekarang ni beb, semua pakai teknologi. Semua perlukan kepakaran seorang programmer. Tak payah risau pasal job. Ada rezeki pasti ada. Tapi kalau dah kau duduk ceruk kampung lepas tu kau bising kata Sains Komputer ni tak ada masa depan, memang nak kena hempuklah.

Banyak peluang pekerjaan untuk bidang ni dekat bandar-bandar besar. Banyak syarikat besar perlukan programmer. Tinggal kau aje yang kena pandai cari.

Boleh ke Fitri bertahan dalam Sains Komputer?

Tak tahulah nak cakap macam mana. Tapi seriously arr, kalau final exam nanti ada subjek yang kena repeat memang Fitri say goodbye pada Tapah. Lembik? Tak. Sebab Fitri tak nak bazir masa dengan sesuatu yang Fitri tahu Fitri tak boleh buat.

Alaaa.... nak cakap macam mana eh? Fitri dah ada plan untuk masa depan Fitri. Tapi yalah, Allah plan is better than human plan.

Nak kahwin... eh. Hahaha... gurau aje. Gilalah nak kahwin muda-muda ni. Ilmu pun tak puas lagi nak dicedok, macam mana nak kahwin? Nanti nak ajar anak apa? Fitri nak jadi seorang guru untuk anak Fitri nanti. Apa yang dia tanya, Fitri boleh jawab. Itu angan-angan Fitri yang dah penat dok berangan.

Macam gatal aje bunyi sembang pasal anak. Padahal umur setahun jagung lagi dalam alam remaja ni. Tapi... salah ke? Tak, kan? Semua orang nak yang terbaik walau tidak sempurna.

Tapi... dahlah. Tinggal lagi 4 minggu aje sebelum final exam (ikut dalam kalender akademik la, jumpa lecturer lagi 4 minggu je). Betapa cepatnya masa berlalu. >_<

Usaha, usaha, usaha... 

Chaiyok Fitri chaiyok!!!

Wassalam. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

1 comment:


  1. Hi Nur Fitri, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete