Thursday 7 September 2017

Experience

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semuaaaaa....

Wowww... almost a year tak update apa-apa. Hahahaha... ni pun terfikir nak update sebab ada member tegur, kupukupupurple tu kau ke? Ahaks... Yeahh... it's me. Gosh, I'm crying. Rindu giler nak blogging macam dulu-dulu. ;)

After all this time, ada lagi ke yang sudi tunggu kita update blog? Hahahaha... I guess there's no one who are willing to wait for me. Auchhh... buat ayat sedih pula dia.. hahahaha...

Owh ya, aku cuti 5 bulan. Cuti sem. Diploma UiTM students semua cuti 5 bulan sebab nanti akan masuk serentak untuk Diploma dan Ijazah. But, cuti tinggal lagi 2 hari. Hehehe... dah tinggal lagi 2 hari cuti baru nak terhegeh-hegeh berblogging.

Nak buat macam mana, fokus sangat menternak lemak 5 bulan cuti ni. hahahah... but of course cuti kali ni tak cuti pun. Buat part time job kat kedai kasut kat Mydin. Got many experiences and memories. And of course got money. Hahaha... than just staying at home while watching for KDrama and at the end the day I've got nothing than just electric bill increases because of me. ;D

Sangat enjoy kerja kat kedai kasut eventhough letih. Bukan sikit punya letih tambah lagi straight kerja dari 10 pagi - 10 malam. Paling letih of course waktu bulan puasa hari tu. Just imagine, you're fasting tapi kerja non-stop for the whole day. Kedai baru buka tak sempat nak sapu, orang dah masuk. Malam pula, kedai dah nak tutup, still ada customer.


My wedding shoes, one day.
^_^

And what the best, I got a new lesson about human. Orang kaya tapi humble. Kaya tapi sombong. Tak berkemampuan tapi berlagak kaya (this type of human really make me annoyed). Tak berkemampuan tapi memahami.

And I also got free parenting lesson. Tiap-tiap hari jumpa macam-macam ragam mak ayah yang datang. Some parents make me feel like, hey why you're having a child if treat them like they are no one. Sumpah geram dengan golongan macam ni. Selamba marah menengking anak kat tempat awam. Dear parents, DON'T EVER DO THAT. Self esteem anak boleh menurun tau.

Ada sejenis lagi yang aku tak suka. Bila anak buat sepah ke apa dalam kedai, dia tunjuk kat aku lepas tu cakap, 'Haa, nanti akak tu marah nanti baru tau.'. Are you sure you want me to scold your child? Aku ni garang tau. Marah betul-betul kang baru tau. Hahahaha...

Why not ubah ayat tu.. "Janganlah buat sepah, nanti kesian akak tu kena kemas.". Teach your child how to be a good person. Yeahhh...

Ada pula yang buat aku rasa macam... tak sabar weyh nak kahwin. Anak ramai tapi semua sporting dengan mak ayah. I still remember that one family. Anak semua lelaki ada 3 orang. Tapi semua rapat dengan mak ayah. Boleh sembang selamba. Hormat mak dia, tolong mak dia. Even si abang buat salah pun ayah dia tegur berhemah. Such a happy family. Make me smile when I serve them.

Belum masuk lagi pasal yang datang minta kerja. Please human, jangan jadi manusia yang suka bagi harapan. Kau ingat dalam percintaan je ke yang ada harapan palsu ni? Nope. Ada yang beria datang minta kerja. Cakap dengan yakin, esok saya datang. Pasti datang. Mesej tanya macam-macam.

Bila hari yang sepatutnya, hilang, mesej Whatsapp pun bluetick. Such a rude you know? Jadi sakit hati kita ni. Tak pepasal rasa nak bermusuh dengan dia even I don't even know who is she. You're serious, then be serious.

Apa yang best kat kedai kasut ni, rasa macam satu family. Selamba bergurau senda. Mengutuk mengata sesama. Hahahah... but not with the boss of course. ;D

Kak Waniiiii... rinduuu niiii... hehehe... paling lama kita kerja sekali adalah dengan Kak Wani. Selalu kejar sales sesama. Lepastu berebut customer untuk dapat komisen. Hhahahah... Such a good memories, huh? ;P


Me The Cute and Kak Wani The Supergorgeous
;P

Rindu Kak Sha dengan Kak Nadiah. Tak lama kerja dengan diorang tapi dah rasa macam family maybe sebab ada je topik nak bercakap kut. Hahaha.. kita ni jenis automatik akan banyak membebel kalau orang tu pun jenis banyak bercakap juga. Hahaha...


Rindu nak tengok cerita hantu sesama. T_T


Rindu keluarga bebear yang comel ni. T_T

Rindu crush juga. Ehehhhhh... beria nak move on. Dah 3 bulan dok sembang pasal move on dengan Kak Wani sampai kita rasa Kak Wani pun dah nak muntah dengar kita cerita pasal dia. Oklah sebenarnya tak pernah ada perasaan dekat dia sebelum ni. Just suddenly because of his smile. Gosh, senyuman dia boleh buat jantung aku bersepai kut. Manis sangat. Dan maybe sebab dia ada semua yang aku suka. I mean dia penuhi taste aku dari segi luaran but we don't know his real himself. ;P

Tapi sempat gak arr member kutuk aku sebab dia nak kata hensem, bolehlah tapi... takyah cakap arr. Kang kut-kut sepupu sepapat dia baca ni lepas tu sampai ke pengetahuan dia, mahu 10 tahun aku tak jejak kaki kat Mydin tu. Hahahaha...

Tapi, I'm crazy over his smile. Don't ask me why but cukuplah cakap senyuman dia gila buat aku cair. Bhahahahah...

Rindu gak dengan staf sebelum ni. Kak Lina (geng skincare ;D), Mai (ni geng cari kerja sesama pastu dia berhenti awal sebab amik intersesi), Kak Ika (geng anak ikan), Kak Sha dengan Kak Ika (datang kerja sekejap dari cawangan lain). Rindu semualah senang cerita....

Rindu all sweet and sour memories.

Rindu nak lambai kat pekerja kedai kasut sebelah. Hahahaha... rindu nak kena usik dengan akak farmasi sebelah. Rindu serindu rindunya. Rindu nak intai crush. Ehehhhh...

All of you will stay in my memory. Thanks sebab hadir dalam hidup kita walau seketika. ^_^ 

3 comments:

  1. have a nice day dik, kekna singgah petang baca coretan awak

    ReplyDelete
  2. Saya suka lagu-lagu dalam blog ini...
    Ia bawa saya pergi...

    ReplyDelete